Wan Ahmad Fayhsal dibenar keluar HKL

 Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat.

Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Machang, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin berkata, beliau dijangka kembali menjalankan tugas di Parlimen tidak lama nanti.

"Pejabat Ahli Parlimen Machang ingin memaklumkan bahawa Wan Ahmad Fayhsal telah dibenarkan keluar dari Unit Neurologi HKL lewat petang tadi.

"Beliau akan menyambung tugas hadir ke Mesyuarat Dewan Rakyat (Sidang Parlimen) dalam waktu terdekat selepas menyambung rehat secukupnya," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan) itu dikejarkan ke HKL bagi menerima rawatan kecemasan sebelum dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Wan Meor Safwat Naqiuddin berkata, Ahli Parlimen Machang turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan HKL atas khidmat cemerlang dan penjagaan rapi sepanjang tempoh rawatan.

Menurutnya, Wan Ahmad Fayhsal juga menghargai doa dan ingatan pelbagai pihak yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!