Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat

SHAH ALAM - Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman di sini menerusi satu video tular pada Jumaat.
Menerusi hantaran satu rakaman tular memaklumkan kejadian terbabit berlaku dengan pantas ketika lori dipercayai dari arah Shah Alam itu meluru ke laluan bertentangan.
Selain itu, menerusi beberapa rakaman video tular turut memaparkan lori terbabit dipercayai dalam keadaan laju menuruni bukit sebelum merempuh beberapa kenderaan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan jumlah kenderaan terlibat serta keadaan individu yang terbabit dalam kejadian itu.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi kenyataan ringkas memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

