Isu video tular di KLIA: Mohd Shuhaily sedia bertanggungjawab, terima apa sahaja tindakan

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di KLIA.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di KLIA.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.

Mohd Shuhaily berkata, dirinya bersedia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menyerahkan sepenuhnya siasatan lanjut kepada pihak berkuasa bagi memastikan perkara itu dapat diselesaikan secara adil.

“Saya telah memaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan dan juga kementerian mengenai perkara ini. Justeru, apa jua keputusan mereka, saya terima.

“Bagi saya, untuk mengubah sesuatu ia mempunyai harga. Sekiranya harga itu adalah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya,” katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, dirinya bersedia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menyerahkan sepenuhnya siasatan lanjut kepada pihak berkuasa bagi memastikan perkara itu dapat diselesaikan secara adil.
Mohd Shuhaily berkata, dirinya bersedia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menyerahkan sepenuhnya siasatan lanjut kepada pihak berkuasa bagi memastikan perkara itu dapat diselesaikan secara adil.

Terdahulu, media melaporkan menerusi video tular terbabit, individu mirip Mohd Shuhaily kelihatan memarahi individu lain.

Malah, dalam video terbabit, kepala mangsa turut dipegang dengan aksi agak keras.

Pada masa sama, tular salinan dakwaan individu yang mendakwa dikasari Mohd Shuhaily.

Artikel Berkaitan:

Mohd Shuhaily berkata, beliau tidak menganggap dirinya sempurna dan mengakui bersedia berdepan dengan segala implikasi daripada insiden tersebut.

“Saya berdiri di hadapan anda semua untuk menghadapi dan bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku,” katanya.

Mohd Shuhaily berharap apa juga keputusan kerajaan terhadap dirinya selepas ini tidak menjejaskan pasukan AKPS yang disifatkannya sebagai tulang belakang kepada usaha memperkukuh keselamatan pintu masuk negara.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily menjelaskan kejadian berlaku ketika dirinya bersama pegawai menjalankan penguatkuasaan terhad di aras lima KLIA selepas membuat tinjauan persediaan AKPS bagi menghadapi kemasukan pengunjung sempena perlumbaan Formula 1 hujung minggu ini.

"Penguatkuasaan berkenaan turut dibuat susulan aduan mengenai kegiatan sindiket ulat warga asing serta peningkatan penemuan dadah dan barangan kontraban di lokasi pemeriksaan bagasi.

"Ketika penguatkuasaan itu dijalankan, seorang warga asing yang dipercayai terlibat dalam sindiket ulat ditahan sebelum dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi," katanya.

Menurutnya, ketika sesi temu bual terhadap warga asing berkenaan sedang dijalankan, dua individu yang tidak dikenali muncul dan merakam kejadian tersebut.

“Apabila didekati pegawai saya dan dibawa ke hadapan untuk melihat apa yang dirakam, arahan diberikan supaya mereka memadam rakaman tersebut.

“Saya memberikan amaran yang paling tegas, bahawa penguatkuasaan pada ketika itu hanya membabitkan pegawai AKPS, bersama Aviation Security (AVSEC) KLIA sahaja," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!