[VIDEO] Belanjawan 2027: Belia buat kerja sukarela dapat RM100 e-dompet
KUALA LUMPUR - Anak muda yang menyertai aktiviti kesukarelawanan bakal menerima insentif e-dompet sebanyak RM100 menerusi program Budi Belia yang diperkenalkan kerajaan dalam Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif itu diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, inisiatif tersebut bertujuan memupuk nilai ihsan dalam kalangan generasi muda supaya semangat membantu masyarakat terus menjadi amalan tanpa mengira latar belakang bangsa.
“Nilai-nilai murni harus meresap dalam diri anak-anak kita.
“Justeru, kerajaan akan memperkenalkan program Budi Belia, yakni bagi anak muda yang dapat melengkapkan jumlah jam dalam aktiviti kesukarelawanan bersama NGO terpilih, mereka menerima insentif e-dompet sebanyak RM100,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

