Belanjawan 2027: Guru KAFA murid istimewa dapat RM150 sebulan

KUALA LUMPUR - Seramai 500 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mendidik murid berkeperluan khas bakal menerima insentif khas sebanyak RM150 sebulan menerusi Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan itu turut melibatkan tenaga pengajar yang menggunakan bahasa isyarat dan al-Quran Braille dalam sesi pembelajaran.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, insentif berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memperkukuh pendidikan Islam untuk golongan berkeperluan khas.
“Insentif khas sebanyak RM150 sebulan diberikan kepada 500 orang guru KAFA yang mendidik murid berkeperluan khas, termasuk melalui bahasa isyarat dan al-Quran Braille,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

