'Saya tidak akan letak jawatan sebagai Menteri Besar'- Ismail Lasim

Ismail ketika bercakap kepada pemberita selepas katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan Penggal 2026–2028 di Seremban pada Khamis.
Ismail ketika bercakap kepada pemberita selepas katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan Penggal 2026–2028 di Seremban pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Neger i(ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan tidak akan berganjak daripada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat, sekali gus memastikan Negeri Sembilan terus bergerak ke hadapan.

Menurutnya, tiada mana-mana pihak yang boleh memaksanya berbuat demikian dan beliau akan terus memikul amanah tersebut sebaik mungkin.

"Siapa dia (pihak tertentu/pembangkang) nak suruh saya letak jawatan? Tak perlu pun.

"Seperti dalam ucapan saya tadi, saya akan teruskan (tanggungjawab) dibantu jentera kerajaan dan YB-YB untuk kita pastikan keperluan rakyat dipenuhi," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan Penggal 2026–2028 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar susulan gagal menyelesaikan krisis yang sedang berlaku di Negeri Sembilan.

Sebelum itu, Ismail dalam ucapannya berkata, apa juga cabaran kepimpinan yang sedang dihadapi akan diatasinya dengan sebaiknya.

Beliau berkata, rakyat Negeri Sembilan diharap dapat terus yakin dan kekal tenang kerana kerajaan negeri tidak akan membenarkan kemelut yang berlaku mengganggu kehidupan mereka.

"Kerajaan mesti terus bekerja, pembangunan mesti terus berjalan dan rakyat mesti terus dibela," katanya.

Selain itu ujarnya, seluruh rakyat Negeri Sembilan dimohon berdoa agar segala cabaran yang sedang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Ia demi kepentingan negeri dan rakyat keseluruhannya. Saya juga memohon sokongan semua pihak agar kita dapat bersama sama melalui tempoh ini dengan penuh kebijaksanaan dan semangat kebersamaan.

"Saya percaya kekuatan Negeri Sembilan terletak pada kesatuan kita. Kerajaan, pemimpin masyarakat, JPKK dan seluruh rakyat mempunyai peranan masing masing untuk memastikan negeri ini kekal stabil, maju dan makmur," katanya.

Tambahnya, dalam keadaan apa sekalipun, semua pihak perlu meletakkan kepentingan Negeri Sembilan mengatasi segala perbezaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!