Harimau Malaya naik tiga anak tangga

Skuad Harimau Malaya ketika ini berada di kedudukan ke-133 dunia selepas menamatkan saingan Piala ASEAN FIFA di tempat ketiga. Foto: FB Malaysia NT
Skuad Harimau Malaya ketika ini berada di kedudukan ke-133 dunia selepas menamatkan saingan Piala ASEAN FIFA di tempat ketiga. Foto: FB Malaysia NT
A
A
A

MALAYSIA melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ke-133 dunia dalam kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Skuad Harimau Malaya mengumpul 1,102.09 mata, meningkat 15.05 mata berbanding kemas kini 20 Julai lalu yang menyaksikan Malaysia berada di tangga ke-136.

Peningkatan itu hadir selepas Malaysia menampilkan prestasi konsisten dalam kempen Piala ASEAN FIFA di Indonesia apabila merekodkan tiga kemenangan dan satu seri daripada empat perlawanan.

Kemenangan 1-0 ke atas Vietnam bagi menamatkan penantian 12 tahun menjadi penyumbang terbesar dengan tambahan 6.33 mata.

Sebelum itu, Harimau Malaya membuka kempen dengan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh yang menyumbang 3.30 mata.

Keputusan seri tanpa jaringan menentang Indonesia pula memberikan tambahan 0.68 mata kepada kutipan ranking Malaysia.

Skuad negara kemudian menutup kempen dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura, sekali gus menambah 4.74 mata lagi.

Prestasi berkenaan membolehkan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga selain memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.

Momentum itu diharapkan dapat dikekalkan Harimau Malaya menjelang kemas kini ranking FIFA seterusnya pada 18 November depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!