Ronaldo kagum legasi Messi

Ronaldo (kanan) memberi penghormatan terhadap legasi yang ditinggalkan Messi bersama skuad Argentina. Foto: Agensi.
Ronaldo (kanan) memberi penghormatan terhadap legasi yang ditinggalkan Messi bersama skuad Argentina. Foto: Agensi.
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo mengetepikan persaingan panjangnya dengan Lionel Messi apabila tampil memberikan penghormatan kepada bintang Argentina itu selepas mengakhiri karier antarabangsa.

Messi menutup perjalanan 21 tahun bersama skuad kebangsaan dengan penuh bergaya apabila menjaringkan satu gol dan mencipta dua bantuan jaringan ketika Argentina menewaskan Benin 3-0 di Stadium Monumental, semalam.

Lebih 85,000 penyokong hadir menyaksikan aksi terakhir pemain berusia 39 tahun itu yang dianggap antara legenda terbesar dalam sejarah bola sepak Argentina.

Ronaldo kemudian meninggalkan komen pada hantaran Messi di media sosial sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian luar biasa seteru lamanya itu.

"Leo (Messi), selepas bertahun-tahun mempertahankan negara anda, anda mencipta sejarah yang akan kekal selama-lamanya.

"Saya amat menghormati apa yang anda capai bersama Argentina. Pelukan buat anda," kata Ronaldo.

Messi pula mengakui mula merindui jersi biru muda dan putih biarpun belum 24 jam meninggalkan pentas antarabangsa.

"Semalam adalah perlawanan terakhir dan saya sudah merindui jersi biru muda dan putih.

"Saya tahu saya membuat keputusan yang tepat," kata Messi menerusi hantaran di media sosialnya.

Artikel Berkaitan:

Persaingan Ronaldo-Messi yang mewarnai bola sepak dunia selama lebih sedekad akhirnya disisihkan seketika apabila Ronaldo memilih untuk meraikan legasi Messi bersama Argentina, bukannya perseteruan mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!