Pengecas pantas DC 180kW kini tersedia di R&R Awan Besar

Pengguna EV di KESAS kini mempunyai akses kepada kemudahan pengecasan pantas DC berkapasiti sehingga 180kW di kawasan R&R Awan Besar.
Pengguna EV di KESAS kini mempunyai akses kepada kemudahan pengecasan pantas DC berkapasiti sehingga 180kW di kawasan R&R Awan Besar.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengguna kenderaan elektrik (EV) di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) kini mempunyai akses kepada kemudahan pengecasan pantas DC berkapasiti sehingga 180kW di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar yang mampu mengecas dua kenderaan secara serentak.

Kemudahan pengecasan EV di sepanjang lebuh raya itu turut bakal diperluaskan menerusi pemasangan stesen pengecasan pantas 60kW di R&R Kinrara yang kini sedang dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR), Muhammad Nizam Alias berkata, kemudahan pengecasan berkenaan dilancarkan pada Selasa dengan kerjasama Green EV Charge Sdn Bhd (GEV) selaku pengendali kemudahan tersebut.

ALR dan GEV perkukuh akses pengecasan EV di Koridor KESAS.
ALR dan GEV perkukuh akses pengecasan EV di Koridor KESAS.

"Stesen pengecasan ini disediakan bagi meningkatkan akses kepada kemudahan pengecasan EV dan menyokong keperluan mobiliti pengguna kenderaan elektrik yang semakin berkembang di sepanjang koridor KESAS.

"Kemudahan ini memberikan pilihan pengecasan yang mudah dan boleh dipercayai kepada para pengguna lebuh raya, sekali gus menyumbang kepada pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan mampan," katanya.

Terdahulu, majlis pelancaran kemudahan berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir Mohd Hadzmir Yusoff.

Mengulas lanjut, Muhammad Nizam berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan ALR dalam memperkukuh kemudahan untuk pengguna lebuh raya di samping menyokong peralihan Malaysia ke arah pengangkutan yang lebih hijau dan mampan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, seiring dengan perkembangan keperluan mobiliti, ALR kekal fokus untuk menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan lebuh raya demi manfaat pengguna lebuh raya serta komuniti secara keseluruhannya.

“Penyediaan infrastruktur pengecasan EV yang mudah diakses merupakan langkah penting dalam menyokong masa depan mobiliti di Malaysia.

"Melalui kerjasama dengan GEV, kami memudahkan pengguna EV untuk bergerak dengan lebih yakin di sepanjang koridor KESAS, di samping memastikan rangkaian lebuh raya kami terus memenuhi keperluan pengguna jalan raya yang sentiasa berubah,” katanya.

ALR mengumumkan peluncuran stesen pengecasan pantas DC 180kW baharu di kawasan R&R Awan Besar di KESAS.
ALR mengumumkan peluncuran stesen pengecasan pantas DC 180kW baharu di kawasan R&R Awan Besar di KESAS.

Pengenalan stesen pengecasan itu juga selaras dengan mandat ALR untuk mempertingkatkan mobiliti pengguna lebuh raya menerusi penambahbaikan praktikal yang menyokong perjalanan yang lebih selamat, mudah dan bersedia untuk masa hadapan demi rakyat.

Sebagai pemilik konsesi lebuh raya bukan berasaskan keuntungan, ALR terus melaksanakan inisiatif yang mewujudkan nilai jangka panjang kepada pengguna jalan raya dan menyumbang secara positif kepada ekosistem pengangkutan negara dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

GEV Sdn Bhd selaku pengendali kemudahan pengecasan akan menguruskan stesen-stesen tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan akses yang mudah kepada pengguna EV yang menggunakan laluan berkenaan.

Melalui kerjasama strategik dan penerapan penyelesaian inovatif, ALR kekal komited untuk menyediakan ekosistem mobiliti yang lebih selamat, pintar dan mampan di seluruh rangkaian lebuh rayanya.

Usaha tersebut selaras dengan misinya untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyokong masa depan rendah karbon Malaysia selari dengan Pelan Hala Tuju Sistem Pengangkutan Pintar Malaysia 2030 atau Malaysia ITS Roadmap 2030.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!