Lelaki maut dipercayai dipukul adik alami masalah mental

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi kejadian susulan kes seorang lelaki maut dipukul adiknya menggunakan tukul di Kampung Tasek, Marang, Terengganu.
Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi kejadian susulan kes seorang lelaki maut dipukul adiknya menggunakan tukul di Kampung Tasek, Marang, Terengganu.
A
A
A

MARANG – Seorang lelaki maut manakala adiknya cedera selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh seorang ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan mental dalam kejadian di Kampung Tasek, di sini pada Sabtu.

Mangsa, Mohd Nasir Ismail, 43, yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ibunya, Hasnah Sulong, 63, berkata, ketika kejadian beliau berada di ruang tamu rumah sebelum terdengar jeritan dari bahagian dalam rumah yang diikuti bunyi seperti seseorang dipukul.

“Ketika itu saya terdengar jeritan dan bunyi seperti orang dipukul. Saya terus memanggil suami, Ismail Ibrahim, 80, yang berada di luar rumah.

“Apabila masuk ke dalam rumah, dia melihat Nasir sudah berlumuran darah dan mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Sabtu.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi kejadian susulan kes seorang lelaki maut dipukul adiknya menggunakan tukul di Kampung Tasek, Marang, Terengganu.
Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi kejadian susulan kes seorang lelaki maut dipukul adiknya menggunakan tukul di Kampung Tasek, Marang, Terengganu.

Menurut Hasnah, anak keduanya, Affendi, 42, yang mempunyai masalah kesihatan mental disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, seorang lagi anak mereka, Rurazmiza, 36, turut mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan selepas dipukul menggunakan tukul ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Rurazmiza cuba masuk untuk meleraikan keadaan, namun dia turut mengalami kecederaan akibat dipukul,” katanya.

Hasnah yang pernah diserang strok berkata, kejadian itu mengingatkannya kepada satu insiden kira-kira 12 tahun lalu apabila suaminya pernah ditikam oleh anak yang sama.

Bagaimanapun, katanya, keluarga tetap meneruskan tanggungjawab menjaga dan tinggal bersama suspek walaupun kejadian tersebut pernah berlaku.

“Kami tetap menjaganya dan tinggal bersama seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Saari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!