Pemandu maut, lori simen terbalik

Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas lori simen yang dipandunya terbabas sendiri dan terbalik di bahu jalan.
Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas lori simen yang dipandunya terbabas sendiri dan terbalik di bahu jalan.
A
A
A

KENINGAU - Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas lori simen yang dipandunya terbabas sendiri dan terbalik di bahu jalan dalam kejadian di Jalan Kampung Bariawa Ulu, di sini, pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mohd Nidzam Sainkui berkata, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh lapan kilometer.

"Sebaik tiba, kemalangan melibatkan sebuah lori simen yang terbabas sendiri sebelum terbalik di bahu jalan.

"Berdasarkan maklumat orang awam, terdapat mangsa dipercayai terperangkap di dalam lori tersebut," katanya dalam kenyataan.

Kemalangan melibatkan sebuah lori simen yang terbabas sendiri sebelum terbalik di bahu jalan.
Kemalangan melibatkan sebuah lori simen yang terbabas sendiri sebelum terbalik di bahu jalan.

Katanya lagi, pasukan bomba segera menjalankan operasi mengesan dan mengeluarkan mangsa yang terlibat.

"Operasi terpaksa menggunakan lori kren bagi kerja mengangkat lori simen yang terbalik dan memudahkan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa berjaya ditemui terhimpir di bawah lori yang terbalik dan hasil pemeriksaan oleh pasukan perubatan mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Mohd Nidzam berkata, operasi tersebut ditamatkan pada jam 10.58 pagi selepas memastikan kawasan tiada bahaya lain di lokasi.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!