Proton Gen2 terbabas, lelaki maut tersepit

Sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Persekutuan Trolak Pekan, Slim River pada Ahad. Foto JBPM Perak
Sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Persekutuan Trolak Pekan, Slim River pada Ahad. Foto JBPM Perak
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Persekutuan Trolak Pekan, Slim River pada Ahad.

Dalam kejadian dilaporkan jam 12.08 tengah malam itu, mangsa berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anggota bomba menjalankan operasi dengan melakukan penilaian awal sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan menggunakan pengusung. Foto JBPM Perak
Anggota bomba menjalankan operasi dengan melakukan penilaian awal sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan menggunakan pengusung. Foto JBPM Perak

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat awal, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Gen2.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River yang digerakkan ke lokasi mendapati, terdapat dua mangsa dalam kenderaan itu dengan pemandu dilaporkan tersepit.

"Anggota bomba menjalankan operasi dengan melakukan penilaian awal sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan menggunakan pengusung.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian dilaporkan jam 12.08 tengah malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan KKM. Foto JBPM Perak
Dalam kejadian dilaporkan jam 12.08 tengah malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan KKM. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, penumpang berusia 22 tahun mengalami cedera ringan dan telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM.

Operasi yang melibatkan lima anggota bersama satu jentera FRT dan satu EMRS itu amat sepenuhnya pada jam 1.08 pagi.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!