Sekadar insan seimbang?

A
A
A
“DAN engkau lihat kebanyakan daripada mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram.” (al-Maidah: 62)

Al-Quran menegaskan bahawa Yahudi sememangnya berlumba-lumba melakukan kezaliman. Persaingan ini tidak akan berhenti.

“Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendeta mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram?” (al-Maidah: 63). Ayat ini menunjukkan bahawa mereka akan terus mengeluarkan perkataan-perkataan iaitu mencipta pelbagai falsafah untuk menjajah umat Muslimin. Mereka secara sistematik dan terbuka mencucuk jarum-jarum kebatilan ke dalam buku-buku ilmiah yang anak-anak kita guna dari pelbagai bidang.

Kita bukan sekadar mengalami tsunami informasi tetapi peperangan informasi yang amat dahsyat dalam sejarah. Sejauh manakah FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) kita mampu menghadapi persaingan ini?

FPK kita sebenarnya sudah berumur 30 tahun, iaitu ia dicipta sebelum wujudnya Google, sebelum YouTube, sebelum ledakan informasi. Zaman sudah terlalu banyak berubah tetapi FPK masih ketinggalan zaman.

Dunia sedang bergolak dalam persaingan yang sengit tetapi para profesor pendidikan kita pula lebih selesa berteduh di bawah tempurung keseimbangan dan keharmonian! KPI birokrasi mereka hanya sekadar sama ada mengejar ranking atau pengiktirafan yang ditentukan oleh kuasa-kuasa besar. Kalaulah birokrasi pendidikan kita mengaitkan KPInya dengan persaingan ilmu dengan Israel, sejauh manakah FPK masih relevan?Al-Quran telah menggariskan persaingan dalam surah al-Baqarah: 143: “Dan demikian Kami telah menjadikan kamu Umat Wasat agar kamu menjadi saksi atas manusia.” Perkataan Umat Wasat biasanya diterjemahkan sekadar sebagai umat pertengahan, moderat antara dua ekstrem.

Tetapi kitab-kitab tafsir klasik juga melihat maknanya lebih luas lagi iaitu bermakna “umat terpilih, terbaik (khiyaar)”. Bahkan sifat terbaik ini jelas digambarkan (tanpa perlu tersirat) oleh perkataan ‘atas’ (‘alaa) iaitu sebagai saksi yang memiliki martabat tinggi atas manusia biasa yang lain.

Insan

Inilah umat Islam yang digambarkan sebagai umat yang ‘berlumba-lumba segera mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.’ (Surah al-Mukminun: 61). Daya saing umat ini paling tinggi.
Artikel Berkaitan:


Umat terbaik (Khairu Ummah) tidak gentar memasuki medan persaingan demi menegakkan kebenaran. Hanya yang dayus fobia dengan perkataan kompetitif. Maka sifat kuat dan tidak dayus dianggap sebagai salah satu daripada dua sifat utama yang perlu diambil kira untuk melahirkan umat wasat ini. Satu lagi sifat ialah beramanah.

Kedua-dua sifat ini, yang diinspirasikan oleh surah al-Qasas iaitu kuat dan beramanah diterangkan oleh Ibn Khaldun dalam kitab Muqaddimah iaitu sebuah kitab yang menjelaskan faktor-faktor ketamadunan. Falsafah Pendidikan yang sekadar melahirkan insan yang seimbang dan harmonis tidak mampu membina tamadun dunia. Falsafah pendidikan kompetitif berusaha melahirkan insan yang Kuat (al-Qawi) dan Beramanah (al-Amin).

Malangnya, FPK gagal menonjolkan dua istilah al-Quran ini yang jauh lebih tepat dalam mendiagnosis masalah umat. Insan yang kuat ialah insan yang kompeten (mudtoli’) dan memiliki daya saing yang tinggi. Insan yang beramanah ialah insan yang dipercayai (mautsuuq) dan tidak khianat pada amanahnya.Surah al-’Asr menjelaskan bahawa insan yang tidak rugi ialah insan yang beriman. Insan beriman adalah insan yang mengerjakan amal soleh. Amal soleh ialah perbuatan saling berpesan antara satu sama lain tentang kebenaran (al-Haqq) dan kesabaran. Insan terbaik ialah insan yang paling kompetitif dalam berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Malangnya FPK begitu sekular dan dayus sekali sehingga perkataan ‘kebenaran’ pun tidak tersurat sama sekali! Bersambung.