Telefon Exco Kesihatan Johor digodam, 'scammer' pinjam wang

Tangkap layar telefon milik Ling Tian Soon.
Tangkap layar telefon milik Ling Tian Soon.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon mendakwa akaun pada aplikasi telefon pintarnya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Tian Soon berkata, kejadian itu disedari selepas beberapa rakannya menerima mesej suara yang kononnya daripada beliau, memaklumkan mempunyai urusan kecemasan sebelum meminta untuk meminjam wang.

"Apabila diminta untuk membuat panggilan telefon, individu tersebut benar-benar menghubungi rakan saya.

"Namun, suaranya kedengaran mencurigakan dengan loghat seakan-akan dari China.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah meminta sebarang pinjaman wang daripada sesiapa," katanya dalam muat naik di Facebooknya pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng itu meminta rakan dan orang ramai lebih berhati-hati.

"Jangan membuat sebarang transaksi atau mudah mempercayai mesej dan panggilan yang menggunakan identiti saya.

"Harap maklum dan bantu sebarkan supaya tiada sesiapa menjadi mangsa penipuan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!