Banjir kilat landa Johor Bahru, trafik sesak

JOHOR BAHRU – Beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada petang Rabu.
Antara lokasi terjejas ialah Jalan Kolam Air, Nong Chik; Jalan Ayer Molek; Jalan Yahya; Jalan Pantai; Jalan Wong Ah Fook serta Kampung Pasir, Tampoi.
Menerusi beberapa video dan gambar yang dikongsi di laman sosial memperlihatkan keadaan terjejas di lokasi dilanda banjir kilat.

Situasi itu menyebabkan pengguna jalan raya perlu memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan terjejas, selain berdepan kesesakan trafik di beberapa laluan.
Sementara itu di ruangan komen, beberapa pengguna jalan memberitahu kejadian banjir banjir kilat di bandar raya Johor Bahru sudah berulang kali terjadi terutama ketika hujan lebat.
Justeru, mereka mahu tindakan segera diambil pihak berkaitan menangani permasalahan banjir kilat berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


