Selangor perluas program Saringan Komuniti ke tiga daerah

Antara penghantar makanan yang membuat saringan Covid-19 dikendalikan oleh petugas kesihatan Selcare secara pandu lalu & percuma di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam, hari ini. Foto: ASRIL ASWANDI ABDUL SHUKOR
Antara penghantar makanan yang membuat saringan Covid-19 dikendalikan oleh petugas kesihatan Selcare secara pandu lalu & percuma di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam, hari ini. Foto: ASRIL ASWANDI ABDUL SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor meluaskan program Saringan Komuniti Covid-19 pusingan keempat di tiga daerah yang akan dilaksanakan mulai esok hingga 23 April ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara lokaliti terbaharu yang akan terlibat ialah Sepang, Hulu Selangor dan Gombak.

Menurutnya, saringan daerah Sepang akan dijalankan bermula 9 pagi hingga 6 petang esok bertempat Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, manakala Hulu Selangor pada 22 April bermula 9 pagi hingga 6 petang bertempat di Bukit Beruntung Golf Club, dengan kedua-dua lokaliti itu masing-masing menyasarkan 400 sampel.

"Bagi daerah Gombak akan dilaksanakan pada 22 dan 23 April 2020 bermula 9 pagi hingga 6 petang bertempat di Pejabat Daerah Gombak menyasarkan 1,400 sampel," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, saringan melalui pandu lalu itu percuma kepada golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang bergejala.

"Setakat ini, inisiatif Saringan Komuniti ini telah berjaya melaksanakan penyaringan ke atas 3,011 orang dengan jumlah kes positif Covid-19 yang terkumpul sebanyak lima kes.

"Kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang baris hadapan yang terdiri daripada para sukarelawan SELCARE Clinic, Pejabat Kesihatan Daerah, pihak berkuasa tempatan dan polis," katanya.

Artikel Berkaitan: