Covid-19: Putrajaya rekod kes positif baharu tertinggi

Dr Noor Hisham melambai tangan selepas sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham melambai tangan selepas sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Putrajaya merekodkan kes baharu positif Covid-19 harian tertinggi di negara ini walaupun kembali berada di bawah zon kuning,

Menerusi data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga jam 12 tengah hari tadi, pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu mencatat 13 kes positif menjadikan keseluruhan kes di wilayah tersebut sebanyak 77 kes.

Jumlah keseluruhan kes baharu positif Covid-19 hari ini ialah 36 iaitu terendah setakat ini.

Selain Putrajaya, Sarawak mencatatkan enam kes, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing empat dan tiga kes.

Selangor, Melaka, Johor, Pahang Sabah masing-masing merekodkan dua kes manakala kesemua negeri di utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sifar kes positif.

Selain itu, Terengganu, Kelantan dan Labuan juga tidak merekodkan sebarang kes.

Semalam, lapan negeri catat sifar kes baharu jangkitan wabak tersebut.

Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Artikel Berkaitan:

Pada 7 April lalu, Putrajaya diisytihar sebagai zon merah selepas mencatat 41 kes.