Muqharabbin titip doa, harap Tun Mahathir terus tabah hadapi pemergian Tun Hasmah

Muqharabbin turut memuat naik gambar Tun Mahathir bersama kenyataannya di laman sosial.
Muqharabbin turut memuat naik gambar Tun Mahathir bersama kenyataannya di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri beliau, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi hantaran di media sosial, Muqharabbin mendoakan agar Tun Mahathir terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tercinta.

“Al-Fatihah. Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial, negarawan ulung dunia, terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi pemergian insan tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa serta menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Salam takziah buat Tun dan seluruh keluarga,” katanya.

Pemergian Tun Hasmah turut menerima ucapan takziah daripada pelbagai pihak yang mengenali dan menghargai sumbangan beliau sepanjang hayatnya.

Allahyarham bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada Tun Mahathir, malah mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan dan memainkan peranan dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan, khususnya berkaitan kesihatan dan kebajikan.

Bagi Muqharabbin, doa dan sokongan kepada keluarga Tun Mahathir menjadi antara bentuk penghormatan terhadap pemergian seorang tokoh wanita yang meninggalkan kesan dalam sejarah negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!