Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian. Foto hiasan
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian. Foto hiasan
A
A
A

LAHAD DATU- Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Puyut, di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

"Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan pengusung dan tali selepas pihak Sabah Electricity Sdn Bhd memotong bekalan elektrik di kawasan itu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak dikenali oleh penduduk kampung terbabit.

Sumsoa berkata, operasi ditamatkan pada 1.36 tengah hari dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!