Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga jam 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Perlis serta beberapa kawasan di negeri lain.
Di Kedah, kawasan terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Baling, Sik, Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang, manakala di Perak melibatkan Hulu Perak.
Amaran sama dikeluarkan bagi Terengganu iaitu di Besut dan Setiu, sementara Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin.
Bagi Selangor, kawasan terjejas meliputi Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, selain Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.
Di Melaka, amaran itu melibatkan kawasan Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Sementara itu di Sabah, amaran terbabit dikeluarkan bagi kawasan Pantai Barat, Pedalaman (Tambunan, Keningau, Sook, Pensiangan, Membakut dan Tenom), Sandakan (Tongod, Telupid dan Paitan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
