Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri, Labuan

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan Labuan. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan Labuan. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Labuan serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak hingga jam 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas di Kedah ialah Bandar Baharu, Kulim, Pendang, Pokok Sena, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan dan Baling.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar, manakala di Johor melibatkan Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

Di Sabah, amaran sama membabitkan Pedalaman Sabah (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut dan Sipitang), Pantai Barat (Papar, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang), manakala di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Marudi, Beluru, Miri dan Subis). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!