Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga negeri hingga 12 tengah hari.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga negeri hingga 12 tengah hari.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga 11 pagi ini serta di seluruh Pulau Pinang hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas di Sarawak ialah Limbang, Miri (Miri dan Subis) dan Kuching (Lundu dan Kuching).

Di Sabah, amaran sama melibatkan Pantai Barat (Penampang, Putatan, Papar, Tuaran,Ranau dan Kota Kinabalu) , Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Tambunan, Keningau dan Tenom). - Bernama

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!