Covid-19: Kes positif kekal dua digit

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah kes positif Covid-19 hari ini sekali lagi kekal dua digit iaitu 84 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seperti beberapa hari lalu juga, kes sembuh atau pesakit yang discaj juga lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu 95 kes.

Menurutnya, sehingga kini keseluruhan kes yang telah discaj daripada wad adalah 3,197 atau 59.32 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

"Sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 84 kes baharu yang telah dilaporkan.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,389 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 2,103 kes," katanya pada sidang akhbar di KKM di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan China bukan datang merawat, tapi bantu lawan Covid-19

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, hari ini terdapat satu lagi kematian baharu direkodkan menjadi keseluruhan kes meningkat kepada 89 orang.

Katanya, sehingga kini seramai 46 kes sedang di rawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 26 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: