596 kes baharu Covid-19 di Singapura, keseluruhan lebih 6,000

 Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan 596 kes awal jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 6,588.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan 596 kes awal jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 6,588.
A
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan 596 kes awal jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 6,588.

Kementerian itu berkata, majoriti kes membabitkan pemegang permit kerja yang kini tinggal di asrama pekerja asing manakala 25 adalah warganegara/penduduk tetap Singapura.

“Kami masih meneliti butiran kes terbabit dan kemas kini lanjut akan dikongsi menerusi siaran akhbar MOH yang akan dikeluarkan malam ini,” menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Setakat tengah hari semalam, sejumlah 4,162 kes telah diklasifikasikan sebagai penghuni asrama pekerja, 284 membabitkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama pekerja, 977 kes komuniti manakala 569 lagi adalah kes import.

Singapura telah mewartakan 12 daripada lebih 20 asrama pekerja yang terjejas sebagai kawasan isolasi dengan kebanyakan penghuni yang dijangkiti adalah warganegara Bangladesh, India, China dan Myanmar. - Bernama

Artikel Berkaitan: