Tujuh lelaki ditahan solat jemaah di surau

Polis menahan tujuh lelaki selepas didapati berkumpul dan mengadakan solat Isyak berjemaah di sebuah surau di Parit Husain, Bagan Serai semalam. - Foto Pejabat Agama Daerah Bagan Serai
Polis menahan tujuh lelaki selepas didapati berkumpul dan mengadakan solat Isyak berjemaah di sebuah surau di Parit Husain, Bagan Serai semalam. - Foto Pejabat Agama Daerah Bagan Serai
A
A
A

BAGAN SERAI - Tujuh lelaki termasuk seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan pihak berkuasa selepas didapati menunaikan solat secara jemaah di sebuah surau di Parit Husain di sini, semalam.

Kesemua mereka berusia dari 14 hingga 64 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.15 malam selepas selesai solat Isyak kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Serai, Mokhlis Husain berkata, pemeriksaan dibuat anggotanya bersama polis selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

"Ketika tiba di surau berkenaan, didapati terdapat sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat Isyak, penahanan dibuat setelah mereka selesai mengerjakan solat," katanya.

Menurutnya, ketika soal siasat dijalankan, semua jemaah mengetahui larangan PKP dan peraturan ditetapkan bagi solat jemaah di surau atau masjid yang tidak boleh melebihi tiga orang iaitu imam, bilal dan seorang makmum.

Kesemua mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto Pejabat Agama Daerah Bagan Serai
Kesemua mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto Pejabat Agama Daerah Bagan Serai

"Kesemua mereka telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Artikel Berkaitan:

Khamis lalu, 10 lelaki yang sedang menunggu waktu untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar ditahan pihak berkuasa atas kesalahan ingkar PKP.

Bagaimanapun mereka yang berusia lingkungan 26 hingga 76 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis.