Lelaki maut ditembak depan rumah

Shazeli dalam sidang akhbar pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Shazeli dalam sidang akhbar pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki mati ditembak di hadapan sebuah rumah di Teluk Bunut, Kuala Langat, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 11 hingga 11.15 malam.

Menurutnya, mangsa warga tempatan berusia 52 tahun yang bekerja sebagai petani di sekitar Banting maut selepas terkena lebih satu das tembakan di bahagian badan.

"Bertindak atas maklumat, seorang lelaki tempatan ditahan malam tadi (Rabu) di sekitar Banting.

"Suspek kini direman dua hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa berada di hadapan rumah yang disewa anaknya.

"Mangsa datang ke rumah itu untuk melihat keadaan rumah tersebut. Setakat ini motif kejadian belum dapat ditentukan," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!