Tiada kes positif dikesan, penghantar makanan perlu jalani saringan

Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada kes positif Covid-19 melibatkan pekerja perkhidmatan penghantar makanan dikesan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun penghantar makanan perlu menjalani ujian saringan bagi memastikan mereka tidak dijangkiti wabak itu.

Menurutnya, syarikat penghantar makanan berdaftar perlu menanggung kos ujian saringan itu.

"Saringan berkenaan memastikan mereka sihat supaya tidak menjangkiti atau dijangkiti. Mereka boleh melakukan saringan di klinik kesihatan atau hospital swasta.

"Kalau mereka (penghantar makanan) dari syarikat yang berdaftar, mungkin tiada masalah dan syarikat bertanggungjawab terhadap kos pembayaran.

“Apa yang kita kena fikirkan ialah penghantar makanan lain yang tidak berdaftar. Mungkin kita akan bincangkan kaedah bersesuaian,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!