576 individu pulang luar negara dikuarantin di Melaka

Rahmad
Rahmad
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seramai 576 individu yang baharu pulang dari luar negara ditempatkan di empat hotel dan dua pusat kuarantin di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Rahmad Mariman berkata, daripada jumlah itu seramai 461 individu ditempatkan di hotel yang diwartakan sebagai tempat kuarantin, 76 individu di Pusat Kuarantin Covid-19 Dewan Create, Alor Gajah dan 18 lagi di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua.

Menurutnya, daerah Alor Gajah mencatatkan satu kes baharu manakala Jasin yang sebelum ini mencatatkan kes tertinggi Covid-19 di negeri ini tidak merekodkan sebarang kes positif baharu selama enam hari berturut-turut.

"Sehingga kini seramai 3,224 individu telah melalui saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu 148 positif manakala 2,789 negatif dan 288 masih menunggu keputusan.

"Mereka yang dikuarantin selepas pulang dari luar negara bukan sahaja dari Melaka malah ada di antaranya dari luar negeri ini kerana lokasi lain sudah penuh," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan di Pasar Borong Batu Berendam di sini pagi tadi.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Shadan Othman.

Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek ketika diminta mengulas mengenai kluster tabligh berkata, mereka sangat memberikan kerjasama dan 170 individu kluster itu telah tampil untuk membuat saringan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Jasin tetapi keputusan belum diperoleh.

Menurutnya, selain itu, Jasin masih kekal 37 individu positif Covid-19 dan Jabatan Kesihatan Daerah itu juga telah membuat saringan terhadap 367 individu termasuk penduduk kampung di Ayer Merbau

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu 308 seramai individu negatif manakala 22 lagi masih menunggu keputusan.

Pada lawatan itu, Rahmad membuat tinjauan di pasar borong berkenaan susulan terdapat dakwaan pihak pengurusan pasar tidak mementingkan langkah-langkah pencegahan termasuk penjarakkan sosial.