Covid-19 antara topik perbincangan Muhyiddin, PM Australia

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini menjadi antara topik yang dibincangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatannya di Australia, Scott Morrison.

Selain isu virus jangkitan berkenaan, Muhyiddin yang menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya itu membincangkan isu hubungan dua hala serta kepentingan meneruskan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk terus mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Australia selain mencari ruang meneroka potensi baharu dalam pelbagai bidang,” katanya menerusi satu hantaran dalam laman Facebook dan Twitter.

Muhyiddin berkata, Scott Morrison turut mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 29 Februari lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: