Covid -19: Senarai berita palsu tular setakat 9 pagi, 17 April

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, Johor menafikan dakwaan bahawa hospital itu menghadapi masalah kekurangan alat penyukat suhu.

2. Ketua Polis Daerah Sandakan menafikan dakwaan bahawa 800 pemandu yang disaman RM1,000 setiap seorang berbaris di kawasan luar Balai Polis Sandakan dan menjelaskan mereka hadir untuk membuat laporan polis serta urusan lain dan diminta mengamalkan jarak sosial bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) -Bernama

Artikel Berkaitan: