Agong tinjau PKP waktu malam

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau sendiri keadaan lalu lintas pada sebelah malam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga di sekitar Kuala Lumpur.
Istana Negara, menerusi laman Instagram, memaklumkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa tiga yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Turut dimuat naik bersama hantaran itu, video berdurasi 18 saat, yang memaparkan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda puas hati dengan sikap pematuhan yang ditunjukkan oleh rakyat.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan PKP fasa tiga ini dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah.
Al-Sultan Abdullah turut berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera.
Sebelum ini, Seri Paduka Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di ibu kota pada hari ketiga pelaksanaan PKP fasa satu dengan memandu sendiri kenderaan selain turut berkenan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.
Fasa pertama PKP bermula 18 hingga 31 Mac diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April dan fasa ketiga dari 15 hingga 28 April ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Varian Covid-19 KP.3.1.1 dominan di AS ketika jangkitan terus meningkat
21 Ogos 2024 10:00amKKM keluarkan perincian semakan semula SOP Covid-19
29 Jun 2024 03:36pmKKM pantau peningkatan kes Covid-19 di Singapura
19 Mei 2024 01:45pmKes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
19 Januari 2024 01:14pmLetupan di Nilai: Ayang meninggal dunia di HKL
27 Februari 2026 10:28pmWarga emas maut ditembak jiran
27 Februari 2026 01:25pmTiga remaja didakwa rogol rakan perempuan 14 tahun
27 Februari 2026 03:23pmKeluarga berpengaruh disyaki terbabit rancang jatuhkan kerajaan guna media antarabangsa
27 Februari 2026 05:07pm
