Scammer hantar e-mel kompaun saman lalu lintas, guna logo PDRM

KUALA LUMPUR - Taktik sindiket penipuan semakin licik dan menjadi-jadi apabila scammer cuba memperdayakan orang ramai melalui e-mel kononnya terdapat tunggakan saman.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, taktik terbabit dihantar secara meluas kepada e-mel individu dengan menggunakan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Halaman tersebut memaparkan notifikasi bahawa anda memiliki saman di bawah kesalahan lalu lintas yang tertunggak dan perlu dijelaskan segera.
"E-mel itu juga mendakwa sekiranya 'saman' itu tidak dijelaskan, tindakan undang-undang akan diambil," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.