Sila log masuk terlebih dahulu.

Berhati-hati pilih lokasi beriadah - Al-Sultan Abdullah

10 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 10 JULAI 2023

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin bertitah mengingatkan rakyat untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan lokasi beriadah. Lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Walaupun bencana boleh berlaku di mana-mana, Al-Sultan Abdullah bertitah adalah lebih baik jika langkah berwaspada diambil bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini.

"Saya harap (semua) lebih berhati-hati... elok ambil periksa sebelum membawa keluarga ke tempat baharu," titah Seri Paduka kepada pemberita di Masjid Ubbudiah di Felda Lepar Hilir 3 di sini pada Isnin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/267499/berita/nasional/berhati-hati-pilih-lokasi-beriadah---al-sultan-abdullah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian