KSSB bantu perangi Covid-19

KSSB menyerahkan cek sumbangan bernilai RM1 juta untuk Tabung Khas Covid-19 Selangor kepada Amirudin (kiri) pada 1 April lalu.
KSSB menyerahkan cek sumbangan bernilai RM1 juta untuk Tabung Khas Covid-19 Selangor kepada Amirudin (kiri) pada 1 April lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menyumbangkan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Khas Covid-19 Selangor dalam usaha membantu petugas barisan hadapan menangani wabak Covid-19 khususnya di negeri ini.

Menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu, KSSB turut menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM122,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KSSB menerusi satu kenyataan memaklumkan, Tabung Khas Covid-19 Selangor diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membantu meringankan beban rakyat dan pemastautin di negeri ini yang terjejas berikutan penularan virus Covid-19.

“KSSB terpanggil membantu kakitangan hospital dan Klinik Kesihatan Daerah dengan membekalkan peralatan dan kelengkapan perubatan ekoran peningkatan bilangan pesakit.

“Selain itu, bantuan ini juga bagi membantu petugas perubatan barisan hadapan memberikan perkhidmatan terbaik,” menurut kenyataan itu.

Wakil KSSB menyerahkan peralatan dan kelengkapan perubatan kepada Hospital Shah Alam bagi membantu kerajaan menangani wabak Covid-19.
Wakil KSSB menyerahkan peralatan dan kelengkapan perubatan kepada Hospital Shah Alam bagi membantu kerajaan menangani wabak Covid-19.

Kenyataan itu memaklumkan, penyampaian cek sumbangan diserahkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 1 April lalu.

Menurut kenyataan itu, sumbangan peralatan perubatan pula disalurkan terus ke KKM melalui Hospital Shah Alam, Klinik Kesihatan Bestari Jaya dan Klinik Kesihatan Dengkil yang sentiasa bersedia menghadapi peningkatan kes dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan:

“Peralatan dan kelengkapan perubatan bagi kegunaan pesakit dan petugas yang disumbangkan termasuk pulse oxy meter, infusion pam, syringe pam, twin oxygen regulator dan thermoscan.

“KSSB turut menyumbang peralatan thermoscan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, KSSB berharap sumbangan diberikan dapat membantu barisan hadapan dalam menghadapi penularan pandemik Covid-19 sekali gus berupaya menyumbang kepada kadar pemulihan lebih tinggi.