12 maut bas terjunam ke parit, pemandu dipercayai tertidur

BUDAPEST - Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas sebuah bas dari Poland terbabit dalam kemalangan di timur Hungary, menurut polis pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beberapa penumpang lain turut cedera.
Menurut polis di daerah Miskolc, bas itu terbabas dari lebuh raya M3 berhampiran Mezőkeresztes, kira-kira 140 kilometer di timur Budapest, sebelum terjunam ke dalam parit.
Siasatan awal polis mendapati pemandu dipercayai tertidur ketika memandu.
Pemandu itu kemudiannya ditahan pihak berkuasa. - Bernama-dpa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
