X

Kindly register in order to view this article
!

Jepun isytihar darurat di seluruh negara

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

TOKYO - Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.

Ada beberapa wilayah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus