Tiga lelaki degil main golf waktu PKP

Tiga lelaki didapati melanggar PKP dengan bermain golf di sebuah kelab di Batu Gajah hari ini.
Tiga lelaki didapati melanggar PKP dengan bermain golf di sebuah kelab di Batu Gajah hari ini.
A
A
A

IPOH - Seorang pengurus kelab golf dan dua lelaki ditahan polis ketika leka bermain golf dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di salah sebuah kelab dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 67, 58 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi ketika rondaan Op Covid-19.

"Ketika menjalankan tugas rondaan, didapati tiga lelaki sedang leka bermain golf di padang kelab tersebut. Pasukan polis cuba menghampiri tetapi kumpulan itu menaiki 'buggy' dan berpatah balik masuk ke kawasan padang golf.

"Pasukan bertindak menahan lelaki tersebut di dalam kawasan padang golf tersebut dan nurutnya, tiga set golf pelbagai jenama milik kesemua suspek turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mereka ditahan bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana dipercayai dengan cuai yang mungkin merebakkan apa-apa jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

"Selain itu, mereka turut melakukan kesalahan mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang mana berhimpun bagi maksud sukan dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11 peraturan yang sama.

"Ketiga-tiga suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Batu Gajah, esok," katanya.

Artikel Berkaitan: