PKP: PIBG, guru kumpul dana bantu keluarga pelajar terjejas

PIBG memberi sumbangan barangan keperluan kepada keluarga pelajar yang terjejas
PIBG memberi sumbangan barangan keperluan kepada keluarga pelajar yang terjejas
A
A
A

SEREMBAN – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta para guru Sekolah Kebangsaan Seremban 2A di sini, mengambil inisiatif mengumpul dana membantu ibu bapa pelajar yang hilang sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) susulan koronavirus(Covid-19).

Yang Dipertua PIBG, Muhammad Izuddin Ghazali berkata, 68 keluarga pelajar telah dibantu dengan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai.

“Dalam keadaan sekarang ini kita semua perlu berganding bahu membantu. Ada keluarga yang kita beri wang tunai kerana itu yang mereka perlukan.

PIBG memberi sumbangan barangan keperluan kepada keluarga pelajar yang terjejas
PIBG memberi sumbangan barangan keperluan kepada keluarga pelajar yang terjejas

“Kadang-kadang kita lebih nampak kesusahan orang jauh dengan kita sedangkan ada dalam kelompok yang paling hampir dengan kita iaitu pelajar kita sendiri yang perlu dibantu,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau berharap dengan sumbangan tidak seberapa itu dapat membantu meringankan beban keluarga pelajar terbabit.

Beliau berkata, sepanjang tempoh PKP ini, pihaknya akan sentiasa mengambil maklum tentang permasalahan ibu bapa dan guru.