Kenduri kahwin jauh, berdosakah tidak hadirinya?

GUGUR kewajipan untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin sekiranya terdapat keuzuran yang tidak dapat dielakkan seperti perjalanan yang jauh dan membebankan.
GUGUR kewajipan untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin sekiranya terdapat keuzuran yang tidak dapat dielakkan seperti perjalanan yang jauh dan membebankan.
A
A
A

Soalan

Saya menerima jemputan kenduri kahwin namun jaraknya sangat jauh dari kediaman. Apakah berdosa saya tidak menghadirinya?

Jawapan

Dalam Mazhab Syafie, hanya jemputan kenduri kahwin yang diwajibkan untuk kita menghadirinya manakalan jemputan untuk kenduri kesyukuran dan seumpamanya hanya dihukumkan sunat.

Ia berdasarkan hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah." (Hadis Riwayat Muslim)

Bagaimanapun kewajipan itu gugur apabila terdapat keuzuran syarie atau kesukaran yang munasabah seperti jarak perjalanan yang sangat jauh dan membebankan, kos perjalanan yang tinggi, kekangan kerja, faktor keselamatan atau cuaca buruk dan sebagainya.

Dalam keadaan seperti ini, tidak berdosa jika tidak hadir.

Namun Islam mengajar umatnya agar beradab sekiranya tidak dapat memenuhi jemputan. Sebaik-baiknya maklumkan kepada tuan rumah lebih awal, memohon maaf dan doakanlah pasangan pengantin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!