Benarkah ada larangan tidur selepas Subuh dan Asar?

ULAMA menghukumkan makruh tidur selepas Subuh.
ULAMA menghukumkan makruh tidur selepas Subuh.
A
A
A

Soalan

Kawan saya beritahu kalau tidur selepas Subuh boleh menyebabkan papa kedana manakala jika tidur selepas Asar mengakibatkan penyakit gila, benarkah dakwaan ini?

Jawapan

Islam tidak mempunyai larangan umum yang mengharamkan seseorang tidur pada waktu-waktu tertentu.

Sebaliknya terdapat beberapa waktu yang digalakkan untuk berjaga dan dimakruhkan sebahagian ulama untuk tidur berdasarkan hadis, amalan Nabi Muhammad SAW dan pertimbangan hikmah.

Antara waktu yang paling kerap disebut sebagai makruh ialah tidur selepas Subuh.

Nabi Muhammad SAW menganjurkan umatnya untuk berzikir dan memulakan urusan harian pada waktu selepas Subuh.

Oleh itu, majoriti ulama menyatakan tidur selepas Subuh tidak haram, namun boleh menyebabkan terlepas peluang memperoleh keberkatan waktu pagi.

Jika seseorang bekerja syif malam, sakit atau memerlukan rehat, maka tiada masalah untuk tidur.

Artikel Berkaitan:

Adapun tidur selepas Asar yang boleh menyebabkan gila, hakikatnya tiada hadis sahih yang menyatakan demikian. Jika seseorang mengantuk dan memerlukan rehat selepas Asar, Islam tidak mengharamkannya untuk tidur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!