Lapan diberkas berpesta liar

Lapan individu termasuk dua wanita ditahan selepas berpesta liar di dalam sebuah rumah inap desa (homestay) dalam satu serbuan di Johor Bahru, Johor awal pagi hari ini.
Lapan individu termasuk dua wanita ditahan selepas berpesta liar di dalam sebuah rumah inap desa (homestay) dalam satu serbuan di Johor Bahru, Johor awal pagi hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lapan individu termasuk dua wanita dicekup selepas terlibat dalam pesta liar selain ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di daerah ini tengah malam semalam..

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, enam lelaki dan dua wanita yang diberkas berusia antara 24 hingga 31 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 13.50 gram (g) ketamin, lapan biji pil eramin 5 serta tiga liter air ketum.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki datang dari luar dan bukan penghuni rumah berkenaan selain gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul.

"Hasil saringan ujian air kencing mendapati seorang lelaki didapati positif dadah jenis ketamin.

"Semakan terhadap rekod jenayah lampau mendapati lima daripada lelaki terbabit memiliki rekod berkaitan jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob berkata, kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Jelasnya, selain itu mereka juga disiasat di bawah Peraturan 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Artikel Berkaitan: