KKMM nafi dua berita palsu

Kenyataan Pasukan Respons Pantas KKMM hari ini.
Kenyataan Pasukan Respons Pantas KKMM hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menegaskan dua berita tular di media sosial membabitkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah palsu.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini menjelaskan, Universiti Sains Malaysia (USM) menafikan dakwaan bahawa makanan yang disediakan oleh pihaknya kepada penuntut yang tinggal di kampus sepanjang tempoh PKP tidak berkualiti.

“Pihak USM sedang menyiasat dan mengkaji keperluan untuk mengambil tindakan undang-undang jika terbukti ia dilakukan dengan sengaja untuk memfitnah universiti,” katanya.

Dalam pada itu, sebuah syarikat penghantaran J&T Express Malaysia menafikan dakwaan bahawa pihaknya berlaku tidak adil kepada kakitangannya dengan memotong komisen serta menetapkan jumlah minimum bayaran komisen berdasarkan jumlah penghantaran parcel.

"Pihak J&T Express Malaysia menjelaskan kajian semula kadar bayaran komisen adalah bagi menjaga kebajikan dan menjamin kakitangannya kekal menerima faedah perkhidmatan seperti elaun, komisen dan bonus selain gaji asas," katanya.

Artikel Berkaitan: