Warga emas maut, empat cedera parah dalam kemalangan di Ketereh

Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, Ketereh. Foto: JBPM Ketereh
Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, Ketereh. Foto: JBPM Ketereh
A
A
A

KOTA BHARU -  Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, Ketereh di sini petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Mohd Nazri Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.25 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, kami mendapati kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi yang bertembung dengan Proton Saga sehingga mengakibatkan seorang wanita warga emas berusia 80 tahun maut di lokasi kejadian.

"Empat lagi mangsa berusia antara sembilan hingga 38 tahun, termasuk kedua-dua pemandu kereta itu cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nazri berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mereka kepada petugas kesihatan untuk rawatan selanjutnya.

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!