Pemandu tersepit lori kontena terbabas

Keadaan kemalangan di susur masuk Plaza Tol Sungai Buloh menghala ke Kem Sungai Buloh pada Sabtu.
Keadaan kemalangan di susur masuk Plaza Tol Sungai Buloh menghala ke Kem Sungai Buloh pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI BULOH – Seorang pemandu lori kontena cedera akibat tersepit selepas kenderaan dipandunya terbabas di bahu jalan di susur masuk Plaza Tol Sungai Buloh menghala ke Kem Sungai Buloh di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.01 petang.

"Seramai 12 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh serta bantuan BBP Damansara bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 18 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ashrul Riezal berkata, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi 15 minit kemudian, mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori kontena jenis Volvo yang terbabas.

"Terdapat seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

"Anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas," katanya.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan selepas operasi menyelamat dijalankan dan disahkan mengalami kecederaan separa kritikal.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan ambulans sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!