Dua remaja maut, BMW X5 hilang kawalan rempuh motosikal

Kereta BMW X5 yang remuk teruk di tepi semak selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru, berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini pada Sabtu. Foto Polis Rompin.

A
A
A

ROMPIN – Dua remaja maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu salah seorang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pemandu SUV jenis BMW X5, Khor Ho An, 18, dan penunggang motosikal Yamaha 135 LC, Muhammad Darwish Fitri Ramli, 16, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Bhai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan bergerak dari arah sama sebelum BMW X5 berkenaan melanggar bahagian belakang motosikal.

"Kenderaan yang dipandu Ho An dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa termasuk penunggang motosikal mengalami kecederaan parah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Lokasi kemalangan maut dua remaja membabitkan kereta dan motorsikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru, berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok, Rompin pada Sabtu. Foto Polis Maran.
Lokasi kemalangan maut dua remaja membabitkan kereta dan motorsikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru, berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok, Rompin pada Sabtu. Foto Polis Maran.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila pemandu BMW X5 gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan.

Sharif Bhai berkata, dapatan awal turut mendapati kedua-dua mangsa tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Rompin untuk proses bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan bahagian dalam dan struktur BMW X5 terbalik selepas dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah motosikal dalam kejadian itu. Foto Polis Rompin.
Keadaan bahagian dalam dan struktur BMW X5 terbalik selepas dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah motosikal dalam kejadian itu. Foto Polis Rompin.

Beliau memaklumkan, pihaknya turut menjalankan tindakan lanjut termasuk mendapatkan rakaman percakapan waris, mengesan saksi awam yang melihat kejadian serta menghantar kenderaan terlibat untuk pemeriksaan Puspakom.

“Sampel darah dan urin pemandu BMW X5 turut diambil untuk ujian toksikologi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!