PRN Negeri Sembilan: Sogok pengundi, polis siasat calon Labu

Polis buka satu kertas siasatan terhadap seorang calon PH yang didakwa memberi sogokan kepada pengundi. Foto hiasan
Polis buka satu kertas siasatan terhadap seorang calon PH yang didakwa memberi sogokan kepada pengundi. Foto hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap seorang calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu yang didakwa memberi sogokan kepada pengundi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan dibuat susulan laporan daripada seorang lelaki berusia 72 tahun pada Selasa lalu.

"Pengadu telah membuat laporan polis selepas melihat satu hantaran video melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa bahawa seorang calon Labu telah memberikan sogokan kepada para pengundi.

"Pengadu percaya perbuatan tersebut boleh disifatkan sebagai perbuatan membeli undi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata, secara kumulatif, sepanjang tempoh 18 Julai hingga 29 Julai, sebanyak 80 laporan polis diterima dan 23 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!