Tiga kilang terbakar

Anggota Bomba memadamkan kebakaran di Lunas, Kedah.
Anggota Bomba memadamkan kebakaran di Lunas, Kedah.
A
A
A

KULIM - Sekurang-kurangnya tiga buah kilang musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, Lunas di sini lebih kurang jam 6.50 pagi Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam sekitar 6.57 pagi berhubung kejadian.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim dan BBP Kulim Hi-Tech digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

Orang ramai turut menyaksikan kejadian kebakaran di Lunas, Kulim.
Orang ramai turut menyaksikan kejadian kebakaran di Lunas, Kulim.

"Kebakaran melibatkan sekurang-kurangnya tiga buah kilang Kelas A dengan tahap kemusnahan dianggarkan 50 peratus, 90 peratus dan 50 peratus setakat ini.

"Operasi pemadaman masih dijalankan menggunakan empat aliran air dengan bantuan balai bomba berhampiran termasuk dari Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, kerani kilang berhampiran, Nabila Hazwani Mohamad, 31, berkata, kilang yang terbakar terletak bersebelahan tempatnya bekerja.

Kebakaran membabitkan sekurang-kurangnya tiga buah kilang.
Kebakaran membabitkan sekurang-kurangnya tiga buah kilang.

"Saya difahamkan yang terbakar membabitkan kilang kertas, kotak dan baju...masa saya sampai kira-kira jam 8 pagi tadi, api masih marak.

"Terasa bahang juga, terkejut tengok dalam masa singkat, beberapa buah kilang terbakar," katanya.

Difahamkan, tiada mangsa terlibat namun punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak JBPM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!