[VIDEO] Empat kilang musnah dalam kebakaran

A
A
A

KULIM - Kebakaran di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, Lunas di sini dilaporkan merebak kepada empat buah kilang termasuk kilang lilin, pakaian dan kotak pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, kemusnahan membabitkan kilang lilin dan kotak dianggarkan mencecah 90 peratus manakala dua buah kilang pakaian musnah kira-kira 60 peratus.

Kebakaran merebak kepada empat buah kilang dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, Lunas pada Selasa.
Kebakaran merebak kepada empat buah kilang dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, Lunas pada Selasa.

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 6.57 dan jentera pertama sampai pada jam 7.14 pagi disebabkan jarak serta alifan trafik yang sibuk memandangkan kebanyakan pengguna mahu ke tempat kerja.

"Operasi membabitkan empat buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk Kulim, Kulim Hi-Tech dan Pulau Pinang selain dibantu oleh 16 pasukan Balai Bomba Sukarela (PBS)... jadi anggota yang terlibat secara total adalah 114 orang.

"Kami berjaya mengawal api pada jam 9.20 pagi dalam tempoh anggaran 2 jam 6 minit," katanya.

Awang Hidzel turut memantau kebakaran kilang dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, Lunas pada Selasa.
di Lunas, Kedah.
Awang Hidzel turut memantau kebakaran kilang dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, Lunas pada Selasa. di Lunas, Kedah.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, pasukan penyelamat terpaksa berdepan cabaran iaitu faktor angin dan bahan mudah terbakar.

"Setakat ini, enam jam lebih dah kita berkampung di sini dan berjaya mengawal dari terus merebak ke kilang-kilang lain yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

"Kebakaran dipercayai mula merebak dari kilang lilin atau peralatan sembahyang," katanya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!