PN-BN adalah 'the winning formula' wakili aspirasi rakyat - Annuar Musa

Jalaluddin (kiri), Ahmad Samsuri (tengah) dan Annuar (kanan) duduk atas satu pentas pada program MN. Foto Facebook Annuar Musa
Jalaluddin (kiri), Ahmad Samsuri (tengah) dan Annuar (kanan) duduk atas satu pentas pada program MN. Foto Facebook Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) adalah ‘formula kemenangan’ yang diyakini mampu memenuhi aspirasi rakyat.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tetap istiqamah dengan keyakinan bahawa UMNO dan Pas perlu memimpin kerjasama tersebut, walaupun usaha memperkukuhkan kesepakatan itu bukan sesuatu yang mudah.

"Alhamdulillah para pemimpin BN dan PN terus mengorak langkah memperkasa kesepakatan. Ia bukan mudah. Namun saya kekal istiqamah dengan keyakinan bahawa UMNO dan Pas perlu memimpin kesepakatan.

"PN-BN adalah 'the winning formula' yang mewakili aspirasi rakyat," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Hantaran itu turut disertakan beberapa gambar yang memaparkan Annuar menghadiri program MN bersama beberapa pemimpin politik.

Antara yang kelihatan ialah Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Timbalan Presiden MN, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Annuar (dua, kanan) bersalam dengan Noh (kiri) sambil disaksikan beberapa pemimpin termasuk Ahmad Samsuri (tengah). Foto Facebook Annuar Musa
Annuar (dua, kanan) bersalam dengan Noh (kiri) sambil disaksikan beberapa pemimpin termasuk Ahmad Samsuri (tengah). Foto Facebook Annuar Musa

Annuar turut memaklumkan, MN telah menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan BN dan PN atas kesediaan memperkukuhkan kesepakatan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"MN akan terus berusaha membantu BN dan PN menjayakan hasrat murni ini," ujarnya lagi.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!