YAPEIM himpun 150 warga kerja meriahkan Kejohanan Boling sempena ulang tahun ke-42

PUTRAJAYA - Seramai 150 peserta memeriahkan Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) 2026 yang berlangsung di U-Bowl X Alamanda di sini pada Jumaat.
Kejohanan yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-42 YAPEIM bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
Pertandingan yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah YAPEIM, Zabidi Nasan itu menjadi platform memupuk budaya kerja berpasukan, meningkatkan semangat kesukanan serta menggalakkan keseimbangan antara tuntutan kerjaya dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga organisasi.
Hadir sama, Ketua Divisyen Sosioekonomi, Muhamad Khairul Anuar Ibrahim; Pemangku Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat, Saiful Khairi Kamarudin; Pemangku Ketua Divisyen Sumber Dana, Tengku Idzmul Aziim Tengku Alang dan Pemangku Ketua Divisyen Kewangan, Junaidah Ismail.
Dalam pertandingan tersebut, Mohd Rozaidi Hamat muncul juara bagi Kategori VIP selepas mencatatkan 264 mata.
Bagi kategori berkumpulan, pasukan G4 dinobatkan sebagai juara selepas mengumpul keseluruhan 1,032 mata, manakala Mohd Shah Rizal Shaharudin dipilih sebagai Pemain Terbaik dengan kutipan 369 mata.
Menurut YAPEIM, penganjuran kejohanan itu mencerminkan komitmen organisasi dalam memperkukuh budaya kerja yang positif menerusi penglibatan aktif warga kerja dalam aktiviti yang menggalakkan kerjasama, semangat kekitaan dan kesejahteraan organisasi.
Pada masa sama, penghargaan turut diberikan kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah YAPEIM 2026.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
